Friday, November 30, 2012

10 things i will never ever ever forget bout mrsm kuantan

assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh.

adalah tujuan aku mencemar duli nak tulis blog pepagi buta ni adalah bagi menyahut seruan Fadhil untuk menulis 10 benda yang aku TAKKAN lupa pasal mrsm kuantan. daripada aku korek hidung pastu kumpul sampai cukup 100 gram (cadangan bernas dari haqim, sepupuku yg tersayang) sebab boring sangatt, baik aku wat menda yang berfaedah macam ni , ye dak ?

so . let's get startedddd!!!!



#10    minggu orientasi

masa minggu orientasi ni .macam2 benda jadi. dahla aku masih mentah dah naif lagi masa tu. hoho. first2 masa gi taman gelora haritu.yang ada aktiviti menari nari tarian oh oh malaysia tu,  ntah macam mana, sluar aku boleh koyak. bodoh punya seluar. dah la koyak bawah sikit dari poket pastu straigghhhttttt menegak ke bawah. panjang lak tu. nasib baik sluar tu dua lapis. kalau tak, tak pasal2 nampak aurat aku.

dahla dah sampai hostel baru perasan. pastu dah la kena rush. mana sempat nak jahit. dahla masa tu jahit seluar pon tak reti. sangat2 noob, loser dan seangkatan dengannya. pastu terpaksa tebalkan muka pergi kat bilik depan, tanya adik form 2 tu, "adik pandai jahit sluar tak?" masatu malu nak mampos jangan kira ah. dah layak jadi mak orang pon xreti2 nak jahit slua sendiri. --'nasib baik adik yang baik hati dan bertimbang rasa tu sudi nak tolong. jasamu dikenang :) then entah macam mana, aku yang salah ke or sluar tu yang cap ayam , sluar tu koyak lagi. time ni tak kan nak susahkan orang lagi , kan?



 then aku pon cari inisiatif sendiri , gi stapler seluar tu. mujur roomate2 aku semua sporting. takde la diorang nak pandang slek kat aku ke. habis2 pun dorang gelakkan aku separuh mati je. tapi gelak je pon. bukan boleh bawak maut . yang aku xboleh bla nyer, lepas stapler tu kan, mmg obvious la nampak kesan stapler tu. sluar aku warna gelap. ubat stapler kan kaler silver. so aku pon dengan bijaksananya pergi kaler stapler tu dengan marker hitam.hasilnya...





 geliga kan otak saya?




 habis orientasi, aku terus buang seluar durjana tu.





then malam kena roll-call dgn senior. masa tu aku ingat lagi dia tanya, "sapa pernah bawak fon keluar blok?" aku pon dengan segala kemurnian yang terpancar dari dalam diri pergi ngaku. memang betul pon aku bawak. tapi skali je. tu pon tak guna. just letak dalam poket diam2. pastu kena denda kira batu-bata kat dinding. moga2 dengan kejadian tu, aku menjadi orang yang lebih pandai dalam subjek math. amin.



#9  pengalaman pertama jumpa aa.

aa, or nama sebenar dia faseeha ismail. dia masa first2 tu pendiam gilaaa.. tahap pendiam dia tu takleh nak kata.sampaikan aku yang roomate dia ni pon susah nak dengar suara dia. aiseh.


nak dijadikan cerita, masa first day tu. after done mndaftar angkat2 barang bagai , aku gi outing. eh nak citer. dah la masa masuk ngemas2 bilik tu,abah je yang ikut. mama merewang mana tah ngan geng dia. uhuk2. geng dia datang jauh2 semata2 sebab aku dtg mndaftar haritu kt mrsm kuantan, .dulu mama and abah mrsm kuantan jugak. so kawan2 dia sume excited sebab aku pon masuk mrsm kuantan sama,. hrmm,. dahla abah lepak bilik aku siap baring atas katil. sungguh kewl. yang lain dlm bilik semua golongan mak2. yang bapak lepak luar bilik borak2. bapak aku je mencemar duli tolong aku kemas barang.

dan sekali lagi aku sudah lari topik. kat mane eh tadi? haaa. aa.

after balik outing, aku pon balik bilik. dan mula merasa gelabah sebab dah pukol pat tapi dok samyang zohor lagi. cepat2 ambik telekung pergi surau. tapi sebelum tu, aku pandang aa "jom teman aku pergi surau".

"jom teman aku pergi surau''.  ....?

like ........... dahla tak kenal. hahahahahahahahaha. ajak macam mobster pulak tu. kalau "awak,, hurmm.. boley tak awak teman kita pergi surau? saya takut.. " camni xpelah jugak. ni ajak teman macam nak ajak gaduh.





..................................



dan aa ikut. aa sangat baik hati. pastu gi surau pakai selipar Y bersize 44 bertulis "FACEBOOK" dan berwarna biru.

ni curi kt tenet. sebab tu size 42. aku pnye 44




pergi surau. kalau first day korang nampak pompuan selekeh muka berminyak tudung serabai
pergi surau haaaaa akulah tu. aku prasan , ada sorang laki , xpasti la junior ke senior ke batch sendiri perhati je aku. bukan sebab aku cun macam ratu malaya, tapi sebab keslamberan aku yg pada tahap maksimum masa tu. klepap klepap bunyi selipar gi surau. mana la aku tau takleh pakai selipar gi surau siang2 buta? xde org bgtau pon?


#8 Badan Dakwah dan Kerohanian

or singkatannya BADAR. aku sayang sangat2 badar ni. bila aku dalam badar. aku rasa macam i'm apart of a hugeeee happy family ;) dengan presidennya yang kewl. VP VP nya yang baik.  dengan SU nye yang baik dan lawa.hahaha. tapi SU yang perempuan la. SU yang laki tu kaki cari gaduh :P dan badar2 lain yang banyak bekerjasama dalam menjalankan tugas.. aktiviti kitorang,  pergi rumah ustaz, buat jualan. buat makan malam. malangnya, aku xde gambar badar. sobs. nnt la mintak kat org lain.


#7 cikgu harun

the cutest teacher on earth :) hahaha,. teringat cmana cikgu main wheelchair haritu, waheeda kot tukang tolak. cikgu rajin bawak projector pergi kelas. pastu budak2 yang jakun kat depan suka main projector cikgu, hahha. tapi kitorang sokmo tido dalam kelas cikgu. bagusssss gila prangai. cikgu bawak lah projector ke apa ke dah memang kelas aku (terutamanya aku lah kan) sangat sangat suka tidur. agaknya kalau undang sarkis kat depan pon kitorang tido jugak.








 earth as a sphere. tajuk yang aku tak paham2 sampai dah habis spm pun --'





#6 minggu yang freakishly havocccccc

ada yang satu minggu tu, ada slot badar, pramlee, dgn hari sukan. masa tu perasaan adalah nak mati okey.

badar - istikharah cinta. hahahhahahahahahaaha. comel okeh. pastu ingat lagi  ifwat and fazrul bergaduh berebut q. keh keh keh. dioalog aku hanya sepatah je pon. eh jap. bukan dialog lam citer tu pun .

pramlee.- aku jadi aloyah. puunnnnnnn scene ada satu je. hahaha. scene tu aku dgn razin. patut scene aku ada dua tapi masa tak sempat. aku ingat lagi scene tuh

aku: *nangis2. eh tak. titik mata dengan air paip. lakonan tahap amatur*
razin a.k.a. ali baba : kenapa ni aloya?
aku : kekanda kassim baba.......
razin: kekanda kassim baba? mengapa dengan kekanda kassim baba??
aku : diaa....dia.....

dah habis. tu je.

pastu yang hari sukan tu pun penat jugak.masuk perbarisan . malu gila menari macam kambing tak cukup sifat. dah malas nak citer part ni.letih.hehe


#5 my beloved class. kelas 5C ;)



Unga : tema england. sweet doh moment tu... ingat tak kita semua jalan masuk DI tu bawak lilin seblah tangan?

a few days back , gi outing untuk beli barang2 UNGA. habis kecoh dah. dah la pukul 5.55 ada kat mega lagi .curfew pukul nam. --'. aku ingat lagi "pakcikkkk.. speeeedddd pakcikkkkkkk" suka hati jer suruh pakcik tu melanggar tertib dan etika berada di jalan raya. haku lah tu. bnyk kenangan aku dengan pakcik2 ni. haritu ngan pakcik mega. as usual, curfew pukul enam, pukul5.57 terhegeh2 lagi kat mega. aku gi cakap "pakcikkkkk.. drifffttt pakcikkkkkk!!!" pakcik adalah dalam tujuhploh taun kot.

aku : pkcik. drifftt,pakcik, macam dalam tokyo drift tu. er. pakcik tengok tak tokyo drift?
pakcik : tak
aku : KL drift?
pakcik : tak
aku : ala pakcik. bola pakcik tengok tak?
pakcik : tak. pakcik kan tengah bawak teksi. mana leh tengok bola.

pandai pakcik ni buat ai malu tau. pastu dah lama gila borak baru aku tahu pakcik ni ayah kepada sorang kartunis ujang. pengalamn tuhhhh.


sambung balik cerita outing unga tuh.

masa tu gelabah jangan cerita ah. pakcik tu tak habis brek lagi waheeda dah terjun van pergi ambik kad outing. nasib baik tak kena tahan lagi. fuhh,.alhamdulillah. izzah siap jatuh lagi. hahaa. sungguh drama queen itu budak. then masa kecoh2 tu botol mandi sapa tah tergolek2 jatuh. jenama Mariah Forever. dah la tak nak kutip sebab malu. ntah hape2 ntah. haha


then Choralsical

entah sapa yang berjasa gila gi tuba nama aku kat teacher untuk jadi leader. sungguh terbeban. orang lain stay up belajar, aku buat skrip ngan syiera ngan anis. aku ingat lagi, aku translate lagu satu malaysia tu guna google translate. agak boleh pakai la. tapi masa tu aku try translate lagu jong2 inai pakai google translate, tibe2 kluar

"jong2 inai mak ipong steel wall"

berguling2 aku ngan syira atas lantai main translate lagu.

hasilnya,

"we are from fiveeee, cute , courage , creative , chubby .. chubby ? cemerlang! would like to present to you a choralsical entitled one malaysia!"

then Kelas..

kelas aku sangat suka tido, apatah lagi time bm ngan math. aku ingat lagi haritu, menjelang spm , cikgu tgh private tutoring seorang girl,. yang lain semua tido. except budak lelaki berlima tuh. pastu diorang kejut kitorang bangun camni

"bangun , bangun. bangun harimau bangun"

malu seh laki kejut pompuan tido beramai2.

pendek kata banyak la kenangan aku dengan kelas ni.dengan makan nasi lemak ramai2 atas karpet fadhilnye. dengan borak ramai2 nya. dengan truth or dare nya.walaupun hanya dua tahun. tapi dua tahun ni bawak banyak gila kenangan. and InsyaAllah i will remember each one of you sampai akhirat. angka 22 sentiasa akan tersemat rapi dalam jiwa aku sampai bila2 ;')





#4 homeroom 5 C

homeroom anak derhaka. haha. that's what our cikgu homeroom , cikgu Azean called us.

ingat lagi hari and minggu orientasi dengan dorang. kena buat persembahan. sebab malas dan kesuntukan masa,( eleh kesuntukan la sangat padahal malas tu yang lebih, )kitorang pakat nyanyi je. nyanyi bukan sebarang nyanyi weh. siap ada berlakon berlakon lagi. nyanyi lagu Kalau Berpacaran. Fakhrul Afifi jadi lelaki yang dating dengan Nuha. Adli jadi syaiton nirrojim. yang lain jadi backup singer yang turut mensumbangkan lagu diatas stage.malu nak mam jangan kira ah.hahaha. skang ni dah jadi baik dah abang homeroom aku yang nama fakhrul tu.

then aku ingat ada satu slot. aku cakap camni. "saya minat melukis, tapi tak pandai melukis '' camtu la lebih kurang ayat aku masa tuh. aku pon tak ingat aku ada cakap macam tu. tapi haritu adly gi ungkit. haha, baru aku ingat. memori cap Pentium 4 sungguh itu budak .aku pon tak ingat apa yang aku cakap. yang aku ingat , lepas aku cakap camtu, setiap kali ada slot yang melibatkan melukis, mesti aku yang jadi mangsa tanpa rela. dahla aku ni lukis tah hape2. soh lukis kapal terbang , jadi macam hot air balloon .


amali sembelihan :)



time ni tak cukop dua orang :(







tahun ni, kitorang get closer and closer to each other :)

#3 Kem kem segala.


aku kalau dengar ada camp team building,mesti rasa macam nak ghaib dari dunia yang fana ni kejap. bukan tak suka, cuma benci dan trauma je.aku tak suka rush bila buat apa2. ni makan kena rush, mandi kena rush. nak buat apa2 pon xboleh buat dengan penuh penghayatan. haha. nak makan pon rasa macam nak tercekik sebab proses peristalsis tu takleh nak pickup dengan kelajuan aku menyuap makanan ke mulut sebab dengarkan siren yang macam bunyi bank terbakar tuh. fuh. semput jap.

dahla bergelumang dengan selut2 bagai. eiii. teringat haritu baru habis mandi. ada menatang ape tah . pacat ke lintah, elok je buat love bite kat leher aku. kurang asam. dia ingat dia edward cullen agaknya nak gigit2 haku. pastu aku pon basuh je la. then siap2 ...gi solat zohor, solat jap.then aku bukak je telekung, meleleh2 darah dari leher aku. siot betul ah. i hate you, animal. see you in court.




then balik maktab tu tak serupa orang dah. serupa hantu kubur ada. dengan bersalut selut nya. aku ingat lagi, masa balik kem kepimpinan, ada pakcik yang berwajah suci dan innocent tegur a'a "adik, adik jatuh longkang eh?'' masa tu tak rase nak gelak lagi. buat muka stone je. penat sangat la tu. bila teringat balik mesti gelak sorang2. boleh pakcik tu tanya cmtu.

then kena buat helikopter. macam .......... aku ingat lagi syafi kot yang buat. pastu dia buat tu die terjatuh kat badan cikgu. muka cikgu masa tu sangat2 lah nak tergelak. "menggatal!"
 then panjat2 tebing. naik flying fox, pastu kena merangkak dari tasik sampai halfway back to the camp. sakit gila patella aku okey. huhu. beberapa weeks after kem, setiap kali sujud dan rukuk mesti dari mulut suzuranians akan terpacul "auchh.. err.. uhh". luka weh. kurang seribu hantaran aku.

balik kem jati diri pun sama, dah la baru lepas kena "tayammum" guna selut.that's a penalty. pastu balik tu muka seko2 dah macam haper dah. pastu masa nak balik kereta ayahanda lalu. pastu aku dengar shikin cakap " memang ayahanda sudi pon nak ambik aku". sambil berpaut kat batang kayu. lawak gila.

#2 kenangan merayap dengan ely dan perkara mengarut kami buat


haha. ada satu malam tu, aku ngan ely merayap sampai kat kuarters warden. saja ambik angin .dahla aku siap pakai jubah segala. then masuk through blok J, tertembung dengan PiPi and Dauh. aiseh. kitorang jalan straight je. malu doh brigak gitu. pastu duduk je tepi padang. diorang lalu kitorang duduk je atas kerusi tu. tak gerak langsung. pastu dengar pipi cakap " ada masalah kot" ke "apa masalah " . lebih kurang gitu lah. hehe.  pastu esoknya tu explain kat pipi kedudukan sebenar. haha. kira bersihkan balik ah tanggapan dia kt kitorang. pastu bertegas yang kitorang tak buat apa2. just jalan2 je. sja jalan dkat ngan blog laki. tu pon blog kosong. eleh budak laki msuk blok g boleh lak.haha. then malam selepas2 tu, gi jalan2 lagi. kat padang .with ely. at 11.45 pm. masa tu blok akademik kosong. pastu aku ngan ely tgk bulan bintang kat padang. sorang2 laki hambat balik. "korang tu perempuan  ...bahaya...... " dan bermacam tazkirah diberi. dorang main rejam lembing dalam gelap takpe lak? hahha. ini tidak adil tidak adil~ pastu gi teman asrul makan kat DS. pukul 12 lebih kot masa tuh. auntie DS dah lama balik. dah siap beradu dh kot kat rumah tu. then borak2 sampai pukul satu pagi. seram gila..hahahaha. n lepas paper bio tu ingat nk merayap pergi blok G, tapi ada orang habis bebel dah. haha. seb baik ai ni mendengar kata. so aku tak pergi. ada rasional jugak aku tak join. kang jadi pape kang. dahla aku ni anak pompuan sorang. mummy and daddy's not-so-little princess.

pastu aku pernah main bunga api dalam bilik ngan ely ngan aa. habis berasap se bilik. mujur smoke detector tu tak berbunyi. haha. aku rasa dh rosak kot menatang alah tu. beria2 menyanyi smbil putar2 bunga api macam budak belum mumaiyyiz. hahaha.



#1 geng2 rapat aku dan sekalian suzuranians


Faseeha Ismail. Aznidawatie Laily Amir. Nursyahirah Kamarulzaman. my friends. mu soulmates. my friends when i'm happy and my crying shoulders. diorang sangat bermakna dalam hidup aku .sangat2 .

aku takkan lupa yang masa aku nangis sebab gaduh ngan ex merangkap kawan baik aku (hahahahhaha sangat loser) aku boikot tidur bodoh atas lantai. tidur bodoh = tidur tanpa alas mahupun bantal dan selimut.
sambil nangis2. pening tahu tak nangis banyak sangat. nangis punya nangis sampai aku tertidur. cis. cadang nk boikot je last2 tertido sungguh. sungguh tak bertamadun .senang betul bela aku ni. kat mana2 je aku bole tido.haha. then pagi esoknya , bila aku bangun dari tido, aku tengok kepalaku sudah berbantal dan tubuhku sudah berselimut. maybe pada korang menda tu nampak simple, tapi aku betul2 terharu. sangat2 terharu. diorang banyak kasi aku semangat dan kekuatan untuk aku bangkit dan jadi diri aku balik.then bila ada orang buat aku, nahas dia kena dengan budak2 ni. aku ingat lagi kata2 ely "you broke her heart, i broke your face". ely pernah kata, dia taknak tengok aku sedih, aku kecewa suma2 tu. diorang nak yang terbaik untuk aku.. aku betul2 sayang kat diorang  ;'). Thank you Allah for the friends that You give to me .

tak lupa juga kepada suzuranians yang lain. thanks for being my friends , maafkan daku sepanjang dua tahun kita bersahabat, aku banyak buat salah..thanks sebab jadi apart of my life. aku malu nak salam2 semua orang sebelum last day haritu sebab aku tahu dan aku yakin , aku akan menangis .bukan menangis segan. menangis stok selok punya. meleleh2 . cis. sungguh fragile. so kat sini je la pon aku nak luahkan kat korang. hihihi.

sekian sahaja essay berpuluh2 muka dari aku. gamba2 lain aku msuk kendian eh. broadband lambat sket.wassalam..

Sunday, September 16, 2012

post takde motif

Assalamualaikum and salam satu malaysia :)


nak ucap slamat hari malaysia pun macam mencurah air kedaun keladi sebab harini dah 17 sept, lolololol. hm.

cuti bbm kali ni ( bbm -> balik bermalam .) kali ini yang pling cool aku rase.sebab buku langsung aku x sentuh. woot2 first time koot.

hoklah ,dah habis pekse nak buat ape bukak buku ye dak?

okeylah. just nak story, cuti kali ni best la jugak, sbb ade satu hari tu, spend masa full ngan my brothers. mula2 ingat nak tgk wayang .cerita RESIDENT EVIL-mende tah-RESOLUTION.

aku : weh. citer ni 18 ah. adek2 lepas ke?

big brother : alahh. skema sgt kau ni. mana ada orang nak jaga! (buat muka macam ''i'm the smartest man on earth"

skali hamekkk. tgh2 syok aku berangan sambil si big brother beli tiket , tibe2 yusuf ke yunus tah urge aku "wehhh cepat lah gi kat abangilyas. dia panggil tuuuuu" (adik aku memang gelabah siket.)

aku pon jalan gi kat abang aku . oh pilih seats rupenyer. ingatkan ape tadi. nak pilih seat pon nak mintak restu aku. manjenyiieeeer. sepak sepam baru tau.

tapi aku pelik

like sikiiiiiiiiiiiiiitttttttttt gila manusia tengok citer tu. sejak bila orang xminat resident evil? mungkinkah orang telah beralih arah dengan meminati cerita2 macam datin ghairah instead of resident evil? hmm....sabit .


skali abang aku kekek2 gelak awkward tepi aku

"kau tau x kita tgk citer ape? KEPONG GANGSTER"

wth.

resident evil??????????


:(


"resident evil adik xlepas (said so. -.-). xde citer lain dah , aku xtau nak pilih ape. kau ah bodoh.aku panggil dari tadi buat derkk je bla bla bla (mandape tah dia bebel .hahahaha)

dont blame me okay.aku memang camni. pantang terpaksa menunggu, mula ah otak aku merewang.haha
kepong pon kepong lah.

then, to let the time flies with flying colours, kitoang gi IT punyer tempat, (well , biasa ah jalan ngan budak2 laki. what do you expect --') main boling jap. hahaaa. abang aku riak gila. habis sume orang die kutuk. last2 die dapat last skali. kalah la tu. malu je sulung tapi kalah ngan budak2 darjah nam ngan form5. pastu nak cover "kau xtau ke doh? main boling ni sape yang mrkh paling sikit, dia yang menang, sian kau xtau . booo"

oh really? haha


then makan kat secret recipe. kitorang bli 4 kek lain2, pastu skali suap skali tukar pinggan ngan adikbradik yg lain. siblinghood ;)

then tgk citer. tau x citer tu mmg pasal kepong, malaysia, namun plakon2 adalah dari orang cina.
kesimpulannya, citer ni quite besttt jugak la. nak dijadikan citer, kitorang masuk lmbt gila. citer da stat dah. dah masing2 sebok nak gi toilet la nak makan la nak tu la. eiiii. so bile dah light's on tu. hambek kau. hehe. kitorang je malay tgk citer tu. huhu. yg lain ramai chinese yg tengok citer tu okay. malu gila. rasa cam orang yang salah panggung.

then masa lm kete

aku : abangilyas, tadi lm citer tadi sapa eh yang bunuh uucuk?

abangilyas: sapa ucuk?

aku : ala. ada yang nama dia uucuk ke apa tah. uucuk rase. ala yang orang africa tu.

a.i : yang mana?

aku: alaaa. yang masa mulaaaa2 crita tu. yang dlm club tu .

a.i: tu uuka ,bodoh.

aku: oh.hahhahaahahahahhaha

a.i.: *tak gelak*


dah sapa suh tgk cita cina. aku ni mmg payah pun nak igt nama, . nama mlayu pun susah apatah lagi nama cina. or africa in this case. bayang ah. dalam 2 jam or so citer ni blangsung ,ade berpuluh2 watak, aku just ingat plakon die zhong (sebab cute , dan hero citer ni) , hoi (sebab jahat) , thong (sebab unik. haha. cuba google ape mksud 'thong' ) , tong tong (sebab ianya berganda ), bing (sebab ada jenama bing), cindy (sebab nama orang putih), billy (pun sama), . er . tu je. hehe.

and then balik tu adik aku blanje main arcade. main gendang cina. aku rasa macam pelik je dah form 5 main menatang tu. xpe. layann. xde orang kenal kau.



then tringat ayat ni dari yunus (masa ni kitorang tgh main satu game. sape ckp dlm bhse mlayu kene caj 50 sen. )

"abang ilyas, is that canon TRUE or not?" (sambil tunjuk replika meriam depan kuarters tentera)

yunus2. the joker in the family lah kau ni.

kalau yunus joker, yusuf lak sweet. die suap aku masa dinner kat VS tadi.hahaha. comel adik2 aku nih. picit kang.

dah tu je. esok harus balik ke maktab. hermm. homesick da la xhabis lagi nih. xpe2 brape bulan je lagi..







Saturday, August 25, 2012

kita punya cita-cita :)

Assalamualaikum saudara saudari muslimin muslimat :)


"farah , bila besor mu nok jadi mende?"
"aku nak jadi....manusia *smile*"
"doh skarang ni mu mende? monyet?"


akan aku ingat dialog ni sampai bila bila.hahaha. bertuah lu haqim.

seriously. aku sebenarnya takut nak bagitau orang aku punya cita cita.

aku nak jadi.



mat salleh (tapi muslim).
haha
tak kelakar yeh.?

aku nak jadi doktor.


Doktor je pun. nak takut mendenyer. kabo jer la. boo.

hee. okay. sebenarnya, aku takut nak bagitau cita cita aku sebab........ penerimaan orang.

yes. penerimaan orang.

tak semua orang kasi respon yang baik bila aku cakap aku nak jadi doktor. most of them were like..... "kau? doktor? boleh ke?"

haaa. xde la diorang cakap sebijik2 cmtu. but their facial expression shows.

nak nak bila aku cakap aku nak further study kat Mansoura, Egypt.

"jangan la angan-angan tinggi"

sedih tau tak bila orang cakap camni. macam la muka aku ni muka bodoh sangat sampai takleh simpan cita-cita tinggi sket. *tetibe emo*.

ada pulak yang

"susah gila study bla bla bla.. doktor xde life bla bla bla.... seksa blajar daa daa daaa "

yes aku tau. aku sangat- sangat tahu menda tuh. aku tahu mcm mana seksa nak mampos ambik medik.

ada jugak yang risau bila aku nak kawin la. life aku la. pfft. --'

(aku kawin la lps habis blaja ke. yg pnting,aku nak anak lepas habis housemanship. hoho. pakcik aku kata the moment of torture adalah time jadik houseman. on call brape puloh jam. sbb tu ,kalau boleh aku xnk anak masa tgh jadi houseman. nnt anak aku sapo nak jago? huhu)

see? aku dh habis fikir masak-masak dh pun. bukannya aku just main bahang rambang (hentam.) je like "kau nak jadi ape" "aku nak jadi dr sbb dalam grey's anatomy para doktor adalah hot"."aku nak jadi dr sebab jadi dr leh pakai kot putih. nmpk berkaliber sket. mak mentua pun sayang (tetibe)."

aku nak jadi doktor sangat2 doh., sampai tahap masa orang sibuk2 lunch kat rumah aku masa hari raya, aku  nengok gamba operation kat pakcik aku pnye fon. operation pasal cancer kat endocrine glands. ngan breast cancer tahap empat.ngan pembedahan "potong perut". ngan vid bersalin. lepas habis tgk tu aku pergi lah join diorg lunch.haha.      

knape nak jadi doktor?

i want to serve people. bukan nak tunjuk baik okay. cuma...sometimes bila aku tengok orang excident ke orang yang dah tua, jalan bongkok2 pastu terbatuk-batuk  ke, orang yang tetibe jatuh pengsan ke. aku akan terfikir "kan best kalau aku dr. ada ilmu perubatan lam dada. leh tolong dorang". memang la mnyembuhkan orang tu kerja Tuhan tapi manusia kena berusaha btul tak?      

 panjang gila citer.conclusion-nyer, what i need is MORAL SUPPORT. support korang lah yg mmbangkitkan smgt aku, didnt matter what my ambition is. janganlah men'down'kan smgt aku masa aku sangat2 memerlukan moral support.:(. even korang xyakin pon ngan kemampuan aku ,janganlah tunjuk sangat. sedikit sbanyak korang buat aku cm hesitate tau "btul ke bidang ni sesuai untuk aku?". mak aku jugak best.

"KALAU AWAK DAH BETUL-BETUL MINAT NGAN MENDE TU,JUST GO FOR IT.I BELIEVE IN YOU :)".

 abah pulak

"LEPAS AWAK JADI DOKTOR LEH AWAK KEJA KAT KLINIK UNCLESAM (pakcik aku)"

awwww sayang mama n abah ketat ketat.haha.

so i have to work my butt off, blajar rajin2, pass SPM with flying colours .fly gi Mansoura. Ya Allah, Kau permudahkanlah jalanku :')"


hehe. okay.semangat dah pulih. babai :)


Tuesday, August 21, 2012

nostalgia #1

Assalamualaikum peeps :)

haah. hambekk.

bagi2 salam trus tunjuk gmba tingkap.

hahaha. dont worry. aku bukan golongan akak-akak-acik-acik yang pantang beli bnda trus post kat blog (yet). idok eehhh.


cume bile pandang tingkap ni ,aku teringat, once upon a time....... (ceh2)

............

dulu tingkap umah aku takde mende kerawang-kerawang bunga ni. dia just plain je. tapi semenjak rumah aku dh banyak kali gila masuk pencuri , makabah aku decide nak beli mende alah ni. tapi corak abang aku yang pilih .

dulu,masa muda2, (;P) aku suka gila panjat tingkap ni. then duduk.. kaki tergantung gitu. buat2 berani sungguh. rumah tu dah la tinggi.memang la nak kata tinggi gile, xde la tinggi mana tapi as for a child, kalau jatuh  tu boleh patoh riok la jugak tulang temulang tuh.

(aku pon tak pasti la nape perangai aku agak kurang 'ladylike'. maybe masa mak aku mngandungkan aku die nak anak laki kot.hahaha. stiap kali mak aku nampak aku duduk tergantung gitu msti kena sound ).

alkisah satu hari tu, aku usha2 sekeliling.

LINE CLEAR!

aku pon panjat tingkap tuh pastu melompat terus keluar rumah. masa mendarat tuh peerrgghhh sakit nak mampos kaki. apsal la time tu aku tak blajar lagi Impulsive Force. kalau tak da lama aku bengkok kaki mase mendarat. ni tak. jatuh kejung je.mane tak sakit.pastu cepat2 lari masuk rumah balik sebab takut mak nampak.hahaha

pastu camana tah, mak aku memang ternampak or ade orang report. yang pnting pastu ,mak aku sound .hehe.. die kata "lain kali mama nak cakap kat abah, takyah susah2 buat pintu. semua kluar rumah ikot tingkap je".

perghhh berdesup menusuk hati. hahaha.







.................................................


oh ye. nak tunjuk gmba baju raya .hehe. tapi tgh bersidai. ade ke abang aku kata baju raya kitorang nampak macam coverall ? patut???


tak sama langsung. memang sah laki ramai buta warna.

Monday, August 20, 2012

completing the square

Assalamualaikum malaysia

ye2. tau kau nak SPM. tapi takyah la sampai tajuk blog post pon kau nak berilmiah sangat kan? heee. tade ah.tade2 (kpale geleng2 sket) . tajuk hanya lah propa.ye propa.

 yang pnting, post kali ini adalah agak jiwang dan bernada sentimental . ecehh . pasang lagu jinbara nirwana skarang. eh jap.nirwana pun aku xkenal. erm.nevermind. (bolok gila)

tadaaaaaa

karib dunia akhirat. sobs :')
hehe. if tertanya2 lah kan ,sapa ketiga-tiga entiti di atas, itulah ely, aku dan aa (baca dari kiri kau.ye kiri.angkat tgn kiri skang. maju kan ke arah skrin. ok xklakar)

siapa 3 orang ni? majistret? pakar bedah?

no no no. diorang bukan majistret. tp pakar bedah tu aku. hm. actually, dorang ni just student biase je. tade lah faymes gila2 pun. kalau tepek gmba kat surau confirm takde orang yang sudi nak curik tampal kat loker buat penguat semangat. takde makne nye der.

dah tu? ape special sangat 3 orang tu? sampai sesat masuk blog ni.hairan.

dah ni blog aku. sukaati aku la.lololo. actually, pada mata orang , dorang ni maybe biase je. xfaymes pon. naik pentas ambik pingat jauh skali. apatah lagi jadi ratu kebaya. (?). malah ayahanda pengetua pon tidak mengenali mereka walau dua tahun bersua muka.

TAPI,, (jeng3)

antara mereka bertiga ni ade SOMETHING. something yang sangat berharga. yang x sewenang-wenangnya kite jumpe berterabur di merata2. yang sangat susah gila nak jumpe. dan banyak 'yang' lagi... aku da penat taip..

NAK TAU APA DIA??

cepat la bagitau. kau ingat aku ni banyak masa nak tunggu kau? memang aku dilahirkan untuk dengar kau merepek pun.

ok lah. diorang ada satu BOND. satu IKATAN. ikatan ni adalah satu ikatan yang dikurniakan oleh Tuhan yang suci lagi murni yaitu FRIENDSHIP.

lah orang lain pun berkawan jugak. kecoh la lu der seyh weyh doh

memang. aku tak kata kat dunia ni aku sorang ade kawan. amboih melampau ah tuh. kawan memang senang nak cari . senang nak mapuh kata orang ganu. mu gi kedai pastu tegur sorang makcik jual tempe, tnye kabar skek2 dpt dah sorang kawan.

tapi,

susah sebenarnya nak cari kawan yang betul-betul kawan.

yang gelak sama-sama dengan kau (yang ni sng dicari)
yang tolong gelak walaupun lawak kau macam haramjadah gila sebab tanak kau malu sensorang
yang tolong kau waktu kau dalam susah
yang tolong ajar kau malam seblum exam disaat orang lain wat derk je sbb masing2 fokus nk berjaya sorang2
yang tolong nasihat kau jangan gelak banyak sangat nanti kena asma (haha ok ni agak spesifik ;P)
yang tolong tegur kalau kau gelak banyak sangat
yang tolong nasihat kau bile kau rase sangat down
yang tolong paut bahu kau masa air mata kau menitik2 tak berhenti2
yang tolong nasihat kau direct bila kau buat salah,instead of mengumpat kau kat blakang
yang ingatkan kau untuk dekatkan diri pada Yang Maha Esa
yang ingatkan kau untuk buat kebaikan
yang buka puasa sama2 ngan kau sebulan tanpa jemu

dan macam2 lagi ...

aku bersyukur sangat-sangat. aku bersyukur aku diterima masuk ke MRSM Kuantan even aku xstraight a (i love u lah bahasa arab.haha) .aku bersyukur aku jadi orang yang kelima mendaftar.aku bersyukur aku homeroom 4/5C.

kalau tak,

mesti aku tak jumpe kawan2 yang macam aku mention kat atas.

aa and ely and syira, aku bersyukur aku jumpe korang. :'). korang complete my life. uhibbukum fillah :)

p/s : syira tiada dalam gmbar akibat accident yang menimpa beliau.mari doakan beliau cpt smbuh.amin..


Sunday, August 19, 2012

Fil Rumah Ustaz zul

Assalamualaikum malaysia!

tu lah. niat nak tulis sepenuhnya tajuk lam bhse arab. tp xigt caner nk translate.mane la xdpt C mase PMR. sabit kan?

Haaa. haritu some of the suzuranians pergi rumah ustaz zul. beliau sgtlah very the sporting sangat2 in whole wide world! :D

mule2 smpai kitorang masak dulu...

le tangan menggaul2 penuh kasih sayang

suke gile gmba ni lolololololololololo


then gi pantaaaiiiiiiii :D:D walaupun aku ni anak jati terengganu yang seumur hidup kunyah kepok lekor dan  terpahat no 11 kat dlm IC aku, tapi aku TETAP sakai okeh bile jumpe air laut :) sbb kat sini bersih kot.dan cantik. dan xramai org. kalau ade orang pon ramai bangsa asing yang jalan2 smbil bawak anjing masing2 bersenam. wth.

sampai2 je trus lompat2 dan berlari2 anak cabut kasut dan setokeng.
Air yang tenang jangan disangka tiada ketam
alolo suwitnye ;) tu farah k bukan sarah. ely ah ni punya angkara!


Subhanallah.... sunset



pehal muke aku lm gmba ni nmpok lebor eh? haha. gambar :credit to fahim







Balik tu perghhhh penat gila. tido mapuh lam bilik. sampai roomate aku mgalami accident kat luar pon aku boleh xsedar.padahal masa tu tido atas lantai beralaskan selimut je pun --' (modus operandi nak xnk trlajak tidur) pagi2 celik mata je, aku nmpk syir tangan die berlumuran something berkaler biru.ngan baldi besar berisi air disisi.chet

aku : *kejut ely*(padahal mata sndiri xhabis buka lagi)
ely: *bukak mata*
aku: nape tangan syira?
ely: *tido balik* , cis

then nampak aa masuk
aku : aa, nape tangan syira?
aa: kena air panas
aku: ha? kat mane?
aa: kat tangan
aku: ye la, kat mana?? (tinggi suara)
aa: kat tangan la.ngan kaki sket.
aku: tau laaaa. kat mana???? tempat kejadian bongok! (ok sumpah nyesal gila pas ckp cmni. dhla due2 eko tgh mamai. nak gduh lak pagi2)
aa: cakap la tempat kejadian! kat luar. kena mlm td

tu la.lain kali pas bgun tido , jgn communicate ngan aku . aku bengis sket bile bgun tido. macam haram perangai. sorry aa. i love you beli mach lah.haha. 

then pas settle2 syira gi klinik tu, aku ngan ely gi shopping untuk barang2 RKKTAF, pastu angkut lagi. ingatkan abang kedai borong KOBOI yang gagah perkasa nak tolong angkat, chit. angkat sendiri la nmpknye. 10 karton air kotok weh.hahaha. smpai pakcik teksi tu tegur "gagoh awok ni". well pakcik, kata nk kurus, kene la workout sket hak hak haktuih.


pastu smpai2 bungkus2 goodie bag pulak 



gahahaha.nampak menatang yang berbling bling di tanganku ituh? tu bukan sekadar hiasan , mahupun mencipta sutradara yang mengatakan bapak aku terlebih ongkos sampai kasi anak dara die pakai 'jam' mahal gi maktab. eleh maktab je pun. aku edit letak mnde tu sebaabb....... hehe. handsock aku dibuat lastik  disemadikan dengan tenang dalam beg. lgpun masa ni xde laki okeh lm reading room. dah berhenti pandang slack kat aku. betulkan angle kepalamu. and dont say "BADAR SAJAAAAA" please. tampar kang.

sekian saja. kot. upload gamba guna broadband amat menguji iman dan takwa. kbye.



Friday, August 3, 2012

random assortment

assalamualaikum wbt.

sabet haper tah tajuk blog aku ngan isu yang aku nk ckp ni.

just nk luah je "pekasam2'' yang aku simpan setelah sekian lama ni.

pekasam =perasaan yg xterluah.

mklumlah, aku jenis yang payah nk tunjuk ape prasaan aku. aku sedih ke terasa ke aku wt muke bangang  stone jek. oh except bile aku dh marah or fed up sgt2. haa masa tu la muke hulk kategori wanita bwh lapanblas muncul kt muka aku.

err. apa yg aku nk ckp td ek?

haaa. igt dh. ntah la. lately aku jadi gloomy gila. nk kata sbb puasa mustahil la. slama ni aku puasa gnti tu, okey jer? kuang3. ntah la. sbb aku rase , lately aku rase susah nk 'masuk' ngan dorang. (siapa "dorang"? rahsia ;)   ) xleh nk borak ngan dorang . xleh nk join dorang la pndek kata.. hm. mntg2 aku bkn sek2 hot.gehhhhh .sabit...prasaan aku je kot :P. xkisah la.

solution nyer, aku jadi seorang yg suke ddk sorang2. mcm si forever alone dlm 9gag tu. aku lagi prefer tido (mulia sungguh ) or dgr MP4 dgn volume yg mmpu mmberi resonance kepada aku punya semicircular canals .(sbb tu bila dorang bual ke ape2 ke aku xdgr.so any 'hot' gossips, xusah ler tnye aku. buang air liur je.tema annual dinner tu pun aku tau dr roomates aku. tu pun last minute.org dh habis kecoh dh nk cri bju bile la tu la ni la. aku bru "oh.kaler  tu ea?". )  

kdg2 aku lepak surau. tmpt nk dktkan diri dgn Allah.sbb bagi aku, bia la dorang nk mnjauh drpd aku pun, asal aku tau, Allah xkn jauh dari aku. kdg2 masa prep lps solat jumaat, aku lepak kat padang. tgk padang yg hijau tu buat aku jdi tng. sbb tu Rasulullah saw suke kaler hijau kot.

pndk kata, aku nk kurangkan prgaulan sekurang yg mungkin, (kcuali ngan aa ngan ely), aku nk fokus blajar je, aku nk 9A+. aku nk tgk mama and abah happy masa aku ambik result bulan tiga nnt :) InsyaAllah..