Sunday, November 24, 2013

Perkembangan two-point-oh

assalamualaikum.

ha sambung

sem 1 ni kitorang sekelas even lain lain course. Chiq ngan Miza ambik biomed . Aku ngan Mira ambik environment. elok lah tu dahla nama sama. birthday sama. course pun sama. Aku pun tak tahu apahal aku gi ambik environment. Masa tu aku letak Env. pilihan no 1 and Biomed no 2, padahal hati lebih cenderung kat biomed. Mungkin masa tu aku serik kot sebab time isi UPU tu aku letak engineering pilihan keempat. Tup tup tu yang aku dapat. Sekali kat sini dapat yang pilihan pertama tu pulak. Ciss hahaaha. So just go with the flow je lah.

Aku pernah tanya Mira , habis grad nanti kita kerja apa eh? nampak sangat pilih course ikut sedap tekak. Tak buat research dulu. Mira pun jawab kita kira nyamuk Aedes kat rumah orang , pastu kita saman. hahahah.

Hari kedua kat mestech tu hari sabtu. Kes bosan nak mampus tak tau nak buat apa maka kerja aku kat sana basuh baju je semedang. macam apa je hilangkan kebosanan dengan cara berus baju.

Ha, dahla hari sebelum tu malu gila tak reti guna swap card. Sapa suruh daftar lambat. Rupanya dia ada ajar cara nak guna kunci tu time orientasi. Aku mana pergii, so terkial kial lah aku nak buka pintu dengan barang banyak. Datang la sorang senior bagaikan adiwira tolong aku. Masa closing ceremony terjumpa lagi senior tu. the aku tunjuk kat housemate aku "dia lah yang tolong aku ngan card tu tadi. malu gila" "oh tu nama dia bel". oh gitu.


Sambung balik. Hari sabtu. Dahla bosan. Tetiba kat interkom bunyi suruh keluar. Diorang nak install perabot baru. pulak. So terpaksa merempat. Nak merempat jauh jauh rasa berdosa sebab budak budak ni tak mandi lagi hahaha. so beli suratkhabar pastu lepak surau. Kat surau tu suis dia kat tempat lelaki. Puas la kitorang raba dinding choiiii. Maka bergelaplah kami dalam surau macam dalam gua tempurung. Last last sebab semangat nak baca paper terpaksa guna lampu handphone. Aku tanya Chiq "kau tak rasa ke kita ni macam dalam cerita Bersamamu" . Dahla dengan bergelap bagai. Last last petang tu ajak dorang gi metropoint. hahaha. Macam apa je dahla baru duduk tak sampai 2 hari dah gatal bontot nak berjalan.

Pastu banyak la benda best jadi kat Unikl ni. Dengan ikhwan khairuddin nya. hahaha. Mira yang mula mula spot muka classmate kitorang tu macam ikhwan khairuddin. memang hensem sangat pun. Pastu dengan peristiwa aku salah masuk blok nya. demmmmm gila. Dahla siap cakap terima kasih kat orang yang pegang pintu tu. Pas kejadian tu memang sakit la aku kena bahan. hahaha. Then peristiwa kena cari emergency teksi , balik malam dan macam macam lagi.

Pastu yang tak dapat lupa detik kena bagitau dorang aku kena pindah. ok tu sedih . Hari aku pindah tu tahan je air mata kat luar kelas. Tapi terescape jugak setitik dua. Then ada classmate aku , lelaki , tegur. "Berenti ke?'' ''haah''.''Pindah mana?'' ''Intec"" ''course apa?'' '' sains''. Pastu dia chow. Masa tu ngan muka selebet,  tudung terkepek aku terpikir ''dia ni sedar rupanya kewujudan aku dalam kelas tuh'' -.-. biasalah aku kan underground. mana la orang nak perasan. hahaha. aku cerita kat housemates aku yang budak tadi tegur aku. just nak share kepelikan tu . Dorang pun macam "ecece ada pape ke?" aku pun gelak then kata takde pape lah. Sebab masa tu terfikir aku dah nak pergi dah pun. It's the end of my journey here. and aku tak la pulak terfikir mamat tadi tu ada pape. dahla asyik ngan fon. pastu tak pernah cakap ngan perempuan. Perempuan yang aku pernah nampak dia cakap cuma lecturer je. kan kelakar disitu. aku agak mesti ni dah ada awek . random assumption. So stakat tu je la pun aku  bertegur dengan mamat kerek-tak-cakap-dengan-perempuan tu. tamat. Tanpa buang masa aku dengan housemates pun jalan la balik rumah. dah la jauh. haha.


Then pack pack barang . Gila stail haritu clearence haritu baru nak pack. gila sempoi hidup aku. pastu masa aku pergi tu budak budak ni kena pergi kelas. sedih sangat la cite dia kan. Salam2 semua pastu say goodbye. And we never meet again... yet.


So. 8 julai. my new life started in intec, shah alam. different lifestyle . completely different. kat unikl dulu tak ada curfew. eh ada tapi buat buat macam takda. hahaha. kat intec balik pas curfew berjemaah la kau tidur kat mc donald. kat intec tak boleh balik tiap tiap minggu. bukan ada jadual ke apa tapi sapa la sanggup nak ambik aku kat shah alam. kat unikl dulu tiap tiap minggu aku lesap. balik umah. dah tempat kediaman aku kat unikl tu ngan rumah sewa abang aku just 10 minit je. haruslah aku kerah dia ambik aku balik every weekend :). kat unikl dulu kelas slalu pukul 9 . xpun 11. kat intec pagi buta dah kena bangun beratur tunggu bas. tapi banyak jugak kebest-an duduk intec. macam environment and kawan kawan and stuffs. kawan kawan semua tempat best ;). Bermula lah perjuangan kat intec untuk 2 tahun dengan suasana baru ni. tapi xpe. aku cepat adapt :P


sekian.

pembaca yang baca blog ni walaupun berapa kerat je. mohon doakan skali kejayaan aku ye.. kat dunia, mahupun akhirat :)


Oh ya. and actually. kisah aku dengan classmate-lelaki-kerek-tak-cakap-dengan-perempuan tu tak berakhir disitu rupanya ;).





Friday, November 22, 2013

Perkembangan

assalamualaikum

saja membebel di malam hari. disebabkan kes boring tatau nak buat apa.

Sedar sedar dah nak masuk 2014. Wow. Rasa macam cepat gila masa berlalu . Rasa macam baru semalam aku dug dag dug dag sakit perut nak masuk dewan periksa ambik SPM. Rasa macam baru semalam aku lepak dengan eli malam malam buta tepi padang. Star gazing , katanya.

Cepatnya masa .

Now i'm almost 18. dah separa-dewasa. dah mula melangkah ke alam dewasa. Dah bagak dan layak jadi mak orang pun. Tak boleh buat kerja gila dah. Kena matang. Yes.

So, the perkembangan.

Hm. After dapat result SPM, macam tipikal budak post-SPM yang lain, masing masing tunggu result matriks. Takpun UPU.

 Aku nak yang UPU.

Aku dapat matriks kat kelantan. Tapi kena transit dulu kat johor. jauh tak jauh aku kena campak. hahaha. tapi aku jenis tak reti belajar struggle, which is kalau kau dah menapak ke alam matriks tu la yang kau kena hadap. Maka, tawaran tidak diterima.

Result UPU keluar. And aku? dapat course Diploma in Chemical Engineering kat Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Aku pun taktau kewujudan u ni sampailah aku guna khidmat Dr. Google. K fine. Johor jugak. ''Dah kenapa semua institusi pendidikan nak campak aku duduk Johor", getusku tak puas hati. Tapi dalam hati je la. Tak pulak aku buat rayuan pujuk rayu bagai. takde masa. Menteri Kabinet macam aku ni kan semedangnya busy, haha. Bukan apa. Johor aku takde sapa sapa. Ceruk mana U tu kat johor tu pun aku tak tau. Tapi masa tu bulatkan tekad cekalkan semangat, berazam jugak nak masuk situ. Biar course merepek pun (aku tak suka engineering padahal bapak aku engineer dan abang aku bakal engineer, in shaa Allah) , biar kat johor pun (apakedehal, gps kan ado), biar takde geng masuk sana pun (pft cari je la kawan lain), by hook or by crook , UTHM harus ku jejaki :)

Except for the fact tarikh mendaftar dia slek sikit. 2 jun. aku ingat lagi tarikh tu. Aku kat Mekah time tu. ke Madinah. so cannot postpone eh? jawapan : cannot. bukan dia zalim tak kasi aku daftar. cuma tarikh yang aku boleh daftar is around 13 jun, which was lambat dekat 2 minggu kot. tak cukup nak cover credit hour aku. dahla tu, aku ada option, daftar sem depan. TAPI (mestila ada tapi kan) kena compete tempat ngan senior pastu kena struggle nak mampos. erm. takpelah.

Dengan hati yang berbuku buku tak tau nak rasa apa. Rasa gelabah la kot mati aku esok nak nak bertolak pergi buat umrah U tak cari lagi, buka henfon buka tenet cari U swasta. Aku tanya Yaya dia masuk U apa . Sunway. ok. konon nak folo the footstep aku google la jugak Sunway College pastu survey harga. Dayyyuumm. harga. course2 aku berkenan tu (anything that got to do with medicine) harga ratusan ribu. erm. takpelah.

Then call kak Fiqah. tanya pasal MSU sbb dia bio-med kat sana. ok. foundation dekat 14 ribu kot? baru foundation. Masa tu aku dah serak serak anje dah suara aku. Dah start aura kegelabahan. Mana nak cekau pat belas ribu? Lainla kalau bapak aku ngan Steve Job tu ipar duai. Then eli ke sapa tah cadang aku masuk unikl.

Mula mula aku usha unikl, oh . banyak branch. aku ingat kt kat kl je seketul . banyak rupanya. yang aku ingat aku usha RCMP punya branch. tapi harga agak best jugak la. hahaha. so aku pilih yang enviromental health science ngan biomed, biomed tu pilihan kedua. isi sikit2 terus aku berangkat jadi tetamu Allah kat sana. Haram aku taktahu apa jadi dengan urusan U aku. semua aku bagi kat abah n abang ilyas. I owe you guys . dan nak jadi best lagi kat hotel kat Mekah tu wifi hidup segan mati takmau, lagi la payah aku nak tengok progress.

Balik balik je malaysia dah kena pack barang. Aku sampai Malaysia 11 ke 12 jun tah.Daftar 13. Sepatutnya daftar seminggu sebelum tu. hahaha. kira aku datang datang je terus closing ceremony orientasi. apakah..?

Waktu tu housemate aku cuma Chiq, Mira ngan Miza je. Chiq lagi epic. Salam pastu cium tangan aku sebab dia ingat aku akak degree mana ntah. padahal aku dengan kau tua brapa hari je pun chiq oi. hahaha,. Rumah yang sepatutnya dihuni 8 orang , kitorang berempat je duduk. Jadilah kami clique tidak rasmi ;)

Ok story tu be continued ;)


Friday, June 21, 2013

Tetamu Allah dan Rasul :')

Assalamualaikum wbt :)

29 mei - 12 jun. tempoh yang sekejap. tapi pengalaman yang sangat berharga.

pictures speaks thousands words.

29 mei. rabu. petang. KLIA ;)




Kapal terbang PIA. Pakiastan International Airlines. great people to fly with.

haa haritu dalam flight, kak adah request kat FA tu dia nak duduk tepi abang saufi. then FA tu pun pergi la settle pertukaran tempat duduk tu. then pas dia datang balik dia borak2 dengan kitorang ni. dia cakap la "it is important for a husband to sit with his wife " bih kurang macam tu la. then kak Adik selamba tanya FA tu "is there any available sit next to the pilot?"


pahal muka tembam sangat nehhh

Flight kitorang KLIA - Islamabad - Jeddah. there is no picture kat islamabad kerana keadaan sangat huru hara. hahaha. dengan x sistematik nya.


so kita skip terus ke Jeddah. masa ni pukul 3 ++ pagi waktu tempatan kot. aku hairon pehal budak2 ni hiper semacam .


hensem tak adik2 aku. hahahaha lol soalan kelakau.







 OK ni dalam bas kat jeddah. nak menuju ke Madinah Al Munawawwarah. bestnya tanah suci madinah and makkah ni,, ONLY MUSLIMS ARE ALLOWED.. :)

ok mari kita bercamwore. sib baik yusuf nak layan aku. kalau tak malu la aku bercamwore sorang2 lol.




orange. ashir burtuqol.


promote air jap. LOL. otw dari jeddah ke madinah tu banyak kali gak la stop. eh ke dua kali je.  aku x igt hehe.




bersambung.......





Sunday, May 12, 2013

chewing gum.

assalamualaikum.

tibe rasa nak bolok sorang harini.


saya trauma dengan chewing gum. apatah lagi jenama boomerman.

why?

haritu aku makan boomerman yang banyak gila tu. yang dia gulung dalam bentuk tape tu.

pastu borak borak ngan Faseeha ngan Syiera. tak silap aku aku borak pasal peristiwa telan chewing gum kot. borak borak gelak gelak. skali

"gulp"


"WEH AKU TERTELAN CHEWING GUM!!"

"minum air minum air!!".

"WEHHH camna kalau dia terlekat kat esofagus akuuu?? usus aku ke?? (kata budak bio)"

"weh makan kacang tu makan kacang. esok mana tahu kau berak keluar balik ke chewing gum tu"

"camna kalau tak keluar? dia lekat kat mana mana ke??"



takuk ngakk. hahaha. and i dont know where the chewing gum goes until now.


Friday, May 3, 2013

Pada Zaman Dahulu...

Assalamualaikum :).

oleh sebab esok aku cuti. dan "dia" xreply lagi mesej aku, (sibuk berkempen mungkin hahaha), dan henset aku kena cilok ngan budak hingusan (adik), dan aku bosan, so aku nak gebang seko kat blog aku. hahahaha.


Pada Zaman Dahulu....

oh kejap. zaman dahulu tu referred kepada zaman aku masa kecik dulu. ok? haha

ok sambung,

Pada Zaman Dahulu....

mana ada facebook. mana ada game Dota . (eh ke aku yang tak tahu?). mana ada twitter. So petang petang aku akan roger kawan kawan sekampung untuk main Bola Katok.

bola katok : macam softball mungkin. cuma undang undang sedikit diubah (oleh ahli yang paling tua pfftt) mengikut persetujuan dan bai'ah semua pemain.


haa kenangan buruk aku ngan game ni,, masa tu aku jadi tukang baling. (pitcher) dan abang aku tukang pukul.



X itu kedudukan aku. kotak hitam tu abang aku punya posisi.

sekali masa aku baling bola tu, abang aku pukul sekuat hati. boleh pulak bola tu ter'aim kat pinggang aku.



ya. bola sebesar ni mendarat kat pinggang aku dengan penuh gracefully. jangan tanya aahh "pastu kau menangis tak?". ngeng. kalau rosak kidney aku kau tanggung bil hospital yeh?



Pada Zaman Dahulu....


Kitorang mana nak beli swimming pool plastik. So mak aku ambik tangki plastik hitam


haa dengan iklan2 aku ambik.




pastu isi ngan air. mula la aku main dengan ria nak mampus dengan adik beradik aku yang lain. pastu tah camana budak2 lain pun join. hahahha gila meriah pool party aku!.  :D

.






..........................................................................................





pastu ada orang kentut dalam tangki ni. terus gua keluar. spoil sia.



Pada Zaman Dahulu........


masa tu mana ada iPhone, iPad, iPod dan macam macam i lagi....

Aku ingat lagi. masa zaman aku faymes nya mainan Beyblade. Aku and abang aku ada beyblade kaler hijau lumut-hitam tak silap. sayang gila woo ngan menda alah tu.



game ni bestnya main dalam gelanggang dia. tapi aku ngan abang aku tak pernah ada pun. Zaman kegawatan  ekonomi kot masa tuh. apa jadah nak bazir duit beli gelanggang beyblade??

So kitorang main dalam kuali mak aku. (main dalam bilik pulak tu) gila ah bunyi dia. HAHAHHAHAHA. mujur tak busted. kalau tak... perghhh....




Pada Zaman Dahulu,,,,,,

Budak-budak perempuan lain sibuk main mekap2 (wadahek??), aku main perang perang ngan geng geng sekampung.


Ingat lagi, siapa jadi tebusan kena kurung celah pokok pisang. takpun kena ikat kat tunggul. Gila adventure HAHAHA.

Then aku sangat suka panjat pokok. dan lumba basikal dengan budak lelaki. tak faham kenapa.


Pada Zaman Dahulu...


bibik aku sering bertukar tukar. housekeepers pun. why? biarkan ia menjadi misteri.. hahahha

ok nak citer gak. aku suka buli diorang . LOLOLOL. ingat muka lemah lembut aku ni tak nakal ke masa kecik? hahaha

antara pembulian yang aku ingat ,,

housekeepers #1 : aku ngan abang aku pernah bengkek ngan dia sebab dia kemas mainan kitorang. pastu kitorang tak jumpa mainan tu. LOLLLLL. hahahhaa. so abang aku pun plan,, (masa ni dia banyak jadi mastermind. yolah dia lagi tua kan. mempengaruhi ke jalan yang batil betul hahahha)

Kitorang buat perangkap kat housekeepers tu.


- buat sepah.
-letak air kat depan pintu (dengan harapan dia tergelincir pfffftt)
-letak buku dua lapis atas lantai . buku kecik kat bawah, buku besar kat atas. (dengan harapan bila dia angkat buku besar tu dia akan terpijak buku kecik tu dan tergelincir pffft)
-buat sepah yang maha dahsyat.

okay and the result???


dissapointing. hahahaha. takkan la seorang adult boleh terkena ngan budak dua ekor yang belum matang ni lagi kot. dia belum pun masuk bilik tu dia dah buat laporang tak rasmi kat mak aku.

kami kena marah. cedih.

dan kami kena kemas bilik tu. double cedih.


Bibik #2

hahahhaha yang ni ngeng sikit. sebab ni aku sorang yang buli tanpa pengaruh mastermind (abang).

masa tu aku tersepahkan wafer atas lantai. Aku cuak gila tahap nak nangis ok takut mak aku marah, masa tu dia tengah layan tetamu kat ruang tamu.

Aku pun suruh la bibik aku tu sapukan. well aku kecik lagi mana reti nak menyapu hahhahaktuihh. dia malas nak layan sebab masa tu dia tengah tengok tv ke apa tah. nice.

pastu aku ugut nak conteng baju yang dia pakai tu ngan pensil. dia ignore je ugutan kanak2 ria aku tu.

skali aku buat betul. dengggggg haahahahhaaha.

pastu dia nangis ke merajuk tah. pastu report kat mak aku (pehal semua kaki report nihhh???) dan seperti biasa, aku pun kena marah. lagi teruk kot daripada kalau mak aku tahu aku sepahkan wafer tu -.-

Aku rasa dalam banyak banyak bibik dia ni la yang paling banyak aku buat salah kot. haha, rasa nak buat program JEJAK KASIHan pastu mintak maaf atas kenaifan aku yang muda dan comel ni. LOLOLOL!!

eh lupa nak cerita.. dia kerja sekejap je pastu berhenti..sebab dia berhenti tu aku kurang pasti ..haha


tapi yang paling best dia memahami hobi aku yang suka peluk CD Gerak Khas masa tidur. masa tu aku minat gilaa okey kat AC Mizal. hahhahahahhahaha okey rasa nak tampar diri sendiri. bukan apa. masa aku 6 tahun AC mizal hensem ok.



Okey bila ingat balik semua memori ni mesti aku gelak sorang sorang. Indah nya dunia saat tu. takpayah fikir apa apa masalah.

Masalah paling kronik nak pikir pun .. "kita tertelan chewing gum camana ni camana ni camana niii???"
"Kita tak pandai lagi tulis huruf G. huaa :'(" , "Esok hari sukan, kena lari dalam guni singguh sungguh, kita nak piala !" , "esok belajar pasal bunga, kena suruh mama cari bunga ni "

tak payah fikir pasal duit (mintak abah), takpayah fikir pasal boyfren (crush aku adalah AC Mizal) , takpayah fikir pasal kerjaya (masa budak dulu aku nak jadi askar atau polis *pengaruh gerak khas*. mak aku iyakan je). takpayah fikir pasal belajar pandai tak pandai. eh tipu. ni memang mak aku tekankan hahaha. takpayah fikir politik ke, isu gaduh gaduh ke.

selalu gelak ketawa.

selalu gembira.


Sentiasa carefree :')................




Friday, March 22, 2013

Ya Allah. malu.

assalamualaikum.

doesnt meant to hurt or humilliate anybody. tapi biarlah gmba ni jadi pengajaran.




penat tuang cat merah. huhu.


malu . sebab gambar ni masuk 9gag. dimana berjuta (kot) orang baca. and nanti orang akan judge "oh muslim is like this and like that? hijab is like this". kerana nila setitik rosak dutch lady sekotak. tak faham dengan mentaliti macam ni. serius. sedih. 


#husnuzon . mungkin dia tak tahu pemakaian dia salah. mungkin dia baru nak kenal hijab. semua itu mungkin...

so,, all the peeps yang dah tahu apa itu hijab, jangan pakai macam ni ya.. still berdosa. sekadar mengingatkan. 

assalamualaikum.

Wednesday, March 20, 2013

siut.

assalamualaikum.


kelakar gila gurau macam ni. kelakar gilaa. 

eh debarnya nak ambik result esok. rasa sakit perut la pulokk. -.-. 

Ya Allah, kau kurniakanlah kejayaan kepada kami semua.