Friday, November 30, 2012

10 things i will never ever ever forget bout mrsm kuantan

assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh.

adalah tujuan aku mencemar duli nak tulis blog pepagi buta ni adalah bagi menyahut seruan Fadhil untuk menulis 10 benda yang aku TAKKAN lupa pasal mrsm kuantan. daripada aku korek hidung pastu kumpul sampai cukup 100 gram (cadangan bernas dari haqim, sepupuku yg tersayang) sebab boring sangatt, baik aku wat menda yang berfaedah macam ni , ye dak ?

so . let's get startedddd!!!!



#10    minggu orientasi

masa minggu orientasi ni .macam2 benda jadi. dahla aku masih mentah dah naif lagi masa tu. hoho. first2 masa gi taman gelora haritu.yang ada aktiviti menari nari tarian oh oh malaysia tu,  ntah macam mana, sluar aku boleh koyak. bodoh punya seluar. dah la koyak bawah sikit dari poket pastu straigghhhttttt menegak ke bawah. panjang lak tu. nasib baik sluar tu dua lapis. kalau tak, tak pasal2 nampak aurat aku.

dahla dah sampai hostel baru perasan. pastu dah la kena rush. mana sempat nak jahit. dahla masa tu jahit seluar pon tak reti. sangat2 noob, loser dan seangkatan dengannya. pastu terpaksa tebalkan muka pergi kat bilik depan, tanya adik form 2 tu, "adik pandai jahit sluar tak?" masatu malu nak mampos jangan kira ah. dah layak jadi mak orang pon xreti2 nak jahit slua sendiri. --'nasib baik adik yang baik hati dan bertimbang rasa tu sudi nak tolong. jasamu dikenang :) then entah macam mana, aku yang salah ke or sluar tu yang cap ayam , sluar tu koyak lagi. time ni tak kan nak susahkan orang lagi , kan?



 then aku pon cari inisiatif sendiri , gi stapler seluar tu. mujur roomate2 aku semua sporting. takde la diorang nak pandang slek kat aku ke. habis2 pun dorang gelakkan aku separuh mati je. tapi gelak je pon. bukan boleh bawak maut . yang aku xboleh bla nyer, lepas stapler tu kan, mmg obvious la nampak kesan stapler tu. sluar aku warna gelap. ubat stapler kan kaler silver. so aku pon dengan bijaksananya pergi kaler stapler tu dengan marker hitam.hasilnya...





 geliga kan otak saya?




 habis orientasi, aku terus buang seluar durjana tu.





then malam kena roll-call dgn senior. masa tu aku ingat lagi dia tanya, "sapa pernah bawak fon keluar blok?" aku pon dengan segala kemurnian yang terpancar dari dalam diri pergi ngaku. memang betul pon aku bawak. tapi skali je. tu pon tak guna. just letak dalam poket diam2. pastu kena denda kira batu-bata kat dinding. moga2 dengan kejadian tu, aku menjadi orang yang lebih pandai dalam subjek math. amin.



#9  pengalaman pertama jumpa aa.

aa, or nama sebenar dia faseeha ismail. dia masa first2 tu pendiam gilaaa.. tahap pendiam dia tu takleh nak kata.sampaikan aku yang roomate dia ni pon susah nak dengar suara dia. aiseh.


nak dijadikan cerita, masa first day tu. after done mndaftar angkat2 barang bagai , aku gi outing. eh nak citer. dah la masa masuk ngemas2 bilik tu,abah je yang ikut. mama merewang mana tah ngan geng dia. uhuk2. geng dia datang jauh2 semata2 sebab aku dtg mndaftar haritu kt mrsm kuantan, .dulu mama and abah mrsm kuantan jugak. so kawan2 dia sume excited sebab aku pon masuk mrsm kuantan sama,. hrmm,. dahla abah lepak bilik aku siap baring atas katil. sungguh kewl. yang lain dlm bilik semua golongan mak2. yang bapak lepak luar bilik borak2. bapak aku je mencemar duli tolong aku kemas barang.

dan sekali lagi aku sudah lari topik. kat mane eh tadi? haaa. aa.

after balik outing, aku pon balik bilik. dan mula merasa gelabah sebab dah pukol pat tapi dok samyang zohor lagi. cepat2 ambik telekung pergi surau. tapi sebelum tu, aku pandang aa "jom teman aku pergi surau".

"jom teman aku pergi surau''.  ....?

like ........... dahla tak kenal. hahahahahahahahaha. ajak macam mobster pulak tu. kalau "awak,, hurmm.. boley tak awak teman kita pergi surau? saya takut.. " camni xpelah jugak. ni ajak teman macam nak ajak gaduh.





..................................



dan aa ikut. aa sangat baik hati. pastu gi surau pakai selipar Y bersize 44 bertulis "FACEBOOK" dan berwarna biru.

ni curi kt tenet. sebab tu size 42. aku pnye 44




pergi surau. kalau first day korang nampak pompuan selekeh muka berminyak tudung serabai
pergi surau haaaaa akulah tu. aku prasan , ada sorang laki , xpasti la junior ke senior ke batch sendiri perhati je aku. bukan sebab aku cun macam ratu malaya, tapi sebab keslamberan aku yg pada tahap maksimum masa tu. klepap klepap bunyi selipar gi surau. mana la aku tau takleh pakai selipar gi surau siang2 buta? xde org bgtau pon?


#8 Badan Dakwah dan Kerohanian

or singkatannya BADAR. aku sayang sangat2 badar ni. bila aku dalam badar. aku rasa macam i'm apart of a hugeeee happy family ;) dengan presidennya yang kewl. VP VP nya yang baik.  dengan SU nye yang baik dan lawa.hahaha. tapi SU yang perempuan la. SU yang laki tu kaki cari gaduh :P dan badar2 lain yang banyak bekerjasama dalam menjalankan tugas.. aktiviti kitorang,  pergi rumah ustaz, buat jualan. buat makan malam. malangnya, aku xde gambar badar. sobs. nnt la mintak kat org lain.


#7 cikgu harun

the cutest teacher on earth :) hahaha,. teringat cmana cikgu main wheelchair haritu, waheeda kot tukang tolak. cikgu rajin bawak projector pergi kelas. pastu budak2 yang jakun kat depan suka main projector cikgu, hahha. tapi kitorang sokmo tido dalam kelas cikgu. bagusssss gila prangai. cikgu bawak lah projector ke apa ke dah memang kelas aku (terutamanya aku lah kan) sangat sangat suka tidur. agaknya kalau undang sarkis kat depan pon kitorang tido jugak.








 earth as a sphere. tajuk yang aku tak paham2 sampai dah habis spm pun --'





#6 minggu yang freakishly havocccccc

ada yang satu minggu tu, ada slot badar, pramlee, dgn hari sukan. masa tu perasaan adalah nak mati okey.

badar - istikharah cinta. hahahhahahahahahaaha. comel okeh. pastu ingat lagi  ifwat and fazrul bergaduh berebut q. keh keh keh. dioalog aku hanya sepatah je pon. eh jap. bukan dialog lam citer tu pun .

pramlee.- aku jadi aloyah. puunnnnnnn scene ada satu je. hahaha. scene tu aku dgn razin. patut scene aku ada dua tapi masa tak sempat. aku ingat lagi scene tuh

aku: *nangis2. eh tak. titik mata dengan air paip. lakonan tahap amatur*
razin a.k.a. ali baba : kenapa ni aloya?
aku : kekanda kassim baba.......
razin: kekanda kassim baba? mengapa dengan kekanda kassim baba??
aku : diaa....dia.....

dah habis. tu je.

pastu yang hari sukan tu pun penat jugak.masuk perbarisan . malu gila menari macam kambing tak cukup sifat. dah malas nak citer part ni.letih.hehe


#5 my beloved class. kelas 5C ;)



Unga : tema england. sweet doh moment tu... ingat tak kita semua jalan masuk DI tu bawak lilin seblah tangan?

a few days back , gi outing untuk beli barang2 UNGA. habis kecoh dah. dah la pukul 5.55 ada kat mega lagi .curfew pukul nam. --'. aku ingat lagi "pakcikkkk.. speeeedddd pakcikkkkkkk" suka hati jer suruh pakcik tu melanggar tertib dan etika berada di jalan raya. haku lah tu. bnyk kenangan aku dengan pakcik2 ni. haritu ngan pakcik mega. as usual, curfew pukul enam, pukul5.57 terhegeh2 lagi kat mega. aku gi cakap "pakcikkkkk.. drifffttt pakcikkkkkk!!!" pakcik adalah dalam tujuhploh taun kot.

aku : pkcik. drifftt,pakcik, macam dalam tokyo drift tu. er. pakcik tengok tak tokyo drift?
pakcik : tak
aku : KL drift?
pakcik : tak
aku : ala pakcik. bola pakcik tengok tak?
pakcik : tak. pakcik kan tengah bawak teksi. mana leh tengok bola.

pandai pakcik ni buat ai malu tau. pastu dah lama gila borak baru aku tahu pakcik ni ayah kepada sorang kartunis ujang. pengalamn tuhhhh.


sambung balik cerita outing unga tuh.

masa tu gelabah jangan cerita ah. pakcik tu tak habis brek lagi waheeda dah terjun van pergi ambik kad outing. nasib baik tak kena tahan lagi. fuhh,.alhamdulillah. izzah siap jatuh lagi. hahaa. sungguh drama queen itu budak. then masa kecoh2 tu botol mandi sapa tah tergolek2 jatuh. jenama Mariah Forever. dah la tak nak kutip sebab malu. ntah hape2 ntah. haha


then Choralsical

entah sapa yang berjasa gila gi tuba nama aku kat teacher untuk jadi leader. sungguh terbeban. orang lain stay up belajar, aku buat skrip ngan syiera ngan anis. aku ingat lagi, aku translate lagu satu malaysia tu guna google translate. agak boleh pakai la. tapi masa tu aku try translate lagu jong2 inai pakai google translate, tibe2 kluar

"jong2 inai mak ipong steel wall"

berguling2 aku ngan syira atas lantai main translate lagu.

hasilnya,

"we are from fiveeee, cute , courage , creative , chubby .. chubby ? cemerlang! would like to present to you a choralsical entitled one malaysia!"

then Kelas..

kelas aku sangat suka tido, apatah lagi time bm ngan math. aku ingat lagi haritu, menjelang spm , cikgu tgh private tutoring seorang girl,. yang lain semua tido. except budak lelaki berlima tuh. pastu diorang kejut kitorang bangun camni

"bangun , bangun. bangun harimau bangun"

malu seh laki kejut pompuan tido beramai2.

pendek kata banyak la kenangan aku dengan kelas ni.dengan makan nasi lemak ramai2 atas karpet fadhilnye. dengan borak ramai2 nya. dengan truth or dare nya.walaupun hanya dua tahun. tapi dua tahun ni bawak banyak gila kenangan. and InsyaAllah i will remember each one of you sampai akhirat. angka 22 sentiasa akan tersemat rapi dalam jiwa aku sampai bila2 ;')





#4 homeroom 5 C

homeroom anak derhaka. haha. that's what our cikgu homeroom , cikgu Azean called us.

ingat lagi hari and minggu orientasi dengan dorang. kena buat persembahan. sebab malas dan kesuntukan masa,( eleh kesuntukan la sangat padahal malas tu yang lebih, )kitorang pakat nyanyi je. nyanyi bukan sebarang nyanyi weh. siap ada berlakon berlakon lagi. nyanyi lagu Kalau Berpacaran. Fakhrul Afifi jadi lelaki yang dating dengan Nuha. Adli jadi syaiton nirrojim. yang lain jadi backup singer yang turut mensumbangkan lagu diatas stage.malu nak mam jangan kira ah.hahaha. skang ni dah jadi baik dah abang homeroom aku yang nama fakhrul tu.

then aku ingat ada satu slot. aku cakap camni. "saya minat melukis, tapi tak pandai melukis '' camtu la lebih kurang ayat aku masa tuh. aku pon tak ingat aku ada cakap macam tu. tapi haritu adly gi ungkit. haha, baru aku ingat. memori cap Pentium 4 sungguh itu budak .aku pon tak ingat apa yang aku cakap. yang aku ingat , lepas aku cakap camtu, setiap kali ada slot yang melibatkan melukis, mesti aku yang jadi mangsa tanpa rela. dahla aku ni lukis tah hape2. soh lukis kapal terbang , jadi macam hot air balloon .


amali sembelihan :)



time ni tak cukop dua orang :(







tahun ni, kitorang get closer and closer to each other :)

#3 Kem kem segala.


aku kalau dengar ada camp team building,mesti rasa macam nak ghaib dari dunia yang fana ni kejap. bukan tak suka, cuma benci dan trauma je.aku tak suka rush bila buat apa2. ni makan kena rush, mandi kena rush. nak buat apa2 pon xboleh buat dengan penuh penghayatan. haha. nak makan pon rasa macam nak tercekik sebab proses peristalsis tu takleh nak pickup dengan kelajuan aku menyuap makanan ke mulut sebab dengarkan siren yang macam bunyi bank terbakar tuh. fuh. semput jap.

dahla bergelumang dengan selut2 bagai. eiii. teringat haritu baru habis mandi. ada menatang ape tah . pacat ke lintah, elok je buat love bite kat leher aku. kurang asam. dia ingat dia edward cullen agaknya nak gigit2 haku. pastu aku pon basuh je la. then siap2 ...gi solat zohor, solat jap.then aku bukak je telekung, meleleh2 darah dari leher aku. siot betul ah. i hate you, animal. see you in court.




then balik maktab tu tak serupa orang dah. serupa hantu kubur ada. dengan bersalut selut nya. aku ingat lagi, masa balik kem kepimpinan, ada pakcik yang berwajah suci dan innocent tegur a'a "adik, adik jatuh longkang eh?'' masa tu tak rase nak gelak lagi. buat muka stone je. penat sangat la tu. bila teringat balik mesti gelak sorang2. boleh pakcik tu tanya cmtu.

then kena buat helikopter. macam .......... aku ingat lagi syafi kot yang buat. pastu dia buat tu die terjatuh kat badan cikgu. muka cikgu masa tu sangat2 lah nak tergelak. "menggatal!"
 then panjat2 tebing. naik flying fox, pastu kena merangkak dari tasik sampai halfway back to the camp. sakit gila patella aku okey. huhu. beberapa weeks after kem, setiap kali sujud dan rukuk mesti dari mulut suzuranians akan terpacul "auchh.. err.. uhh". luka weh. kurang seribu hantaran aku.

balik kem jati diri pun sama, dah la baru lepas kena "tayammum" guna selut.that's a penalty. pastu balik tu muka seko2 dah macam haper dah. pastu masa nak balik kereta ayahanda lalu. pastu aku dengar shikin cakap " memang ayahanda sudi pon nak ambik aku". sambil berpaut kat batang kayu. lawak gila.

#2 kenangan merayap dengan ely dan perkara mengarut kami buat


haha. ada satu malam tu, aku ngan ely merayap sampai kat kuarters warden. saja ambik angin .dahla aku siap pakai jubah segala. then masuk through blok J, tertembung dengan PiPi and Dauh. aiseh. kitorang jalan straight je. malu doh brigak gitu. pastu duduk je tepi padang. diorang lalu kitorang duduk je atas kerusi tu. tak gerak langsung. pastu dengar pipi cakap " ada masalah kot" ke "apa masalah " . lebih kurang gitu lah. hehe.  pastu esoknya tu explain kat pipi kedudukan sebenar. haha. kira bersihkan balik ah tanggapan dia kt kitorang. pastu bertegas yang kitorang tak buat apa2. just jalan2 je. sja jalan dkat ngan blog laki. tu pon blog kosong. eleh budak laki msuk blok g boleh lak.haha. then malam selepas2 tu, gi jalan2 lagi. kat padang .with ely. at 11.45 pm. masa tu blok akademik kosong. pastu aku ngan ely tgk bulan bintang kat padang. sorang2 laki hambat balik. "korang tu perempuan  ...bahaya...... " dan bermacam tazkirah diberi. dorang main rejam lembing dalam gelap takpe lak? hahha. ini tidak adil tidak adil~ pastu gi teman asrul makan kat DS. pukul 12 lebih kot masa tuh. auntie DS dah lama balik. dah siap beradu dh kot kat rumah tu. then borak2 sampai pukul satu pagi. seram gila..hahahaha. n lepas paper bio tu ingat nk merayap pergi blok G, tapi ada orang habis bebel dah. haha. seb baik ai ni mendengar kata. so aku tak pergi. ada rasional jugak aku tak join. kang jadi pape kang. dahla aku ni anak pompuan sorang. mummy and daddy's not-so-little princess.

pastu aku pernah main bunga api dalam bilik ngan ely ngan aa. habis berasap se bilik. mujur smoke detector tu tak berbunyi. haha. aku rasa dh rosak kot menatang alah tu. beria2 menyanyi smbil putar2 bunga api macam budak belum mumaiyyiz. hahaha.



#1 geng2 rapat aku dan sekalian suzuranians


Faseeha Ismail. Aznidawatie Laily Amir. Nursyahirah Kamarulzaman. my friends. mu soulmates. my friends when i'm happy and my crying shoulders. diorang sangat bermakna dalam hidup aku .sangat2 .

aku takkan lupa yang masa aku nangis sebab gaduh ngan ex merangkap kawan baik aku (hahahahhaha sangat loser) aku boikot tidur bodoh atas lantai. tidur bodoh = tidur tanpa alas mahupun bantal dan selimut.
sambil nangis2. pening tahu tak nangis banyak sangat. nangis punya nangis sampai aku tertidur. cis. cadang nk boikot je last2 tertido sungguh. sungguh tak bertamadun .senang betul bela aku ni. kat mana2 je aku bole tido.haha. then pagi esoknya , bila aku bangun dari tido, aku tengok kepalaku sudah berbantal dan tubuhku sudah berselimut. maybe pada korang menda tu nampak simple, tapi aku betul2 terharu. sangat2 terharu. diorang banyak kasi aku semangat dan kekuatan untuk aku bangkit dan jadi diri aku balik.then bila ada orang buat aku, nahas dia kena dengan budak2 ni. aku ingat lagi kata2 ely "you broke her heart, i broke your face". ely pernah kata, dia taknak tengok aku sedih, aku kecewa suma2 tu. diorang nak yang terbaik untuk aku.. aku betul2 sayang kat diorang  ;'). Thank you Allah for the friends that You give to me .

tak lupa juga kepada suzuranians yang lain. thanks for being my friends , maafkan daku sepanjang dua tahun kita bersahabat, aku banyak buat salah..thanks sebab jadi apart of my life. aku malu nak salam2 semua orang sebelum last day haritu sebab aku tahu dan aku yakin , aku akan menangis .bukan menangis segan. menangis stok selok punya. meleleh2 . cis. sungguh fragile. so kat sini je la pon aku nak luahkan kat korang. hihihi.

sekian sahaja essay berpuluh2 muka dari aku. gamba2 lain aku msuk kendian eh. broadband lambat sket.wassalam..