Sunday, November 24, 2013

Perkembangan two-point-oh

assalamualaikum.

ha sambung

sem 1 ni kitorang sekelas even lain lain course. Chiq ngan Miza ambik biomed . Aku ngan Mira ambik environment. elok lah tu dahla nama sama. birthday sama. course pun sama. Aku pun tak tahu apahal aku gi ambik environment. Masa tu aku letak Env. pilihan no 1 and Biomed no 2, padahal hati lebih cenderung kat biomed. Mungkin masa tu aku serik kot sebab time isi UPU tu aku letak engineering pilihan keempat. Tup tup tu yang aku dapat. Sekali kat sini dapat yang pilihan pertama tu pulak. Ciss hahaaha. So just go with the flow je lah.

Aku pernah tanya Mira , habis grad nanti kita kerja apa eh? nampak sangat pilih course ikut sedap tekak. Tak buat research dulu. Mira pun jawab kita kira nyamuk Aedes kat rumah orang , pastu kita saman. hahahah.

Hari kedua kat mestech tu hari sabtu. Kes bosan nak mampus tak tau nak buat apa maka kerja aku kat sana basuh baju je semedang. macam apa je hilangkan kebosanan dengan cara berus baju.

Ha, dahla hari sebelum tu malu gila tak reti guna swap card. Sapa suruh daftar lambat. Rupanya dia ada ajar cara nak guna kunci tu time orientasi. Aku mana pergii, so terkial kial lah aku nak buka pintu dengan barang banyak. Datang la sorang senior bagaikan adiwira tolong aku. Masa closing ceremony terjumpa lagi senior tu. the aku tunjuk kat housemate aku "dia lah yang tolong aku ngan card tu tadi. malu gila" "oh tu nama dia bel". oh gitu.


Sambung balik. Hari sabtu. Dahla bosan. Tetiba kat interkom bunyi suruh keluar. Diorang nak install perabot baru. pulak. So terpaksa merempat. Nak merempat jauh jauh rasa berdosa sebab budak budak ni tak mandi lagi hahaha. so beli suratkhabar pastu lepak surau. Kat surau tu suis dia kat tempat lelaki. Puas la kitorang raba dinding choiiii. Maka bergelaplah kami dalam surau macam dalam gua tempurung. Last last sebab semangat nak baca paper terpaksa guna lampu handphone. Aku tanya Chiq "kau tak rasa ke kita ni macam dalam cerita Bersamamu" . Dahla dengan bergelap bagai. Last last petang tu ajak dorang gi metropoint. hahaha. Macam apa je dahla baru duduk tak sampai 2 hari dah gatal bontot nak berjalan.

Pastu banyak la benda best jadi kat Unikl ni. Dengan ikhwan khairuddin nya. hahaha. Mira yang mula mula spot muka classmate kitorang tu macam ikhwan khairuddin. memang hensem sangat pun. Pastu dengan peristiwa aku salah masuk blok nya. demmmmm gila. Dahla siap cakap terima kasih kat orang yang pegang pintu tu. Pas kejadian tu memang sakit la aku kena bahan. hahaha. Then peristiwa kena cari emergency teksi , balik malam dan macam macam lagi.

Pastu yang tak dapat lupa detik kena bagitau dorang aku kena pindah. ok tu sedih . Hari aku pindah tu tahan je air mata kat luar kelas. Tapi terescape jugak setitik dua. Then ada classmate aku , lelaki , tegur. "Berenti ke?'' ''haah''.''Pindah mana?'' ''Intec"" ''course apa?'' '' sains''. Pastu dia chow. Masa tu ngan muka selebet,  tudung terkepek aku terpikir ''dia ni sedar rupanya kewujudan aku dalam kelas tuh'' -.-. biasalah aku kan underground. mana la orang nak perasan. hahaha. aku cerita kat housemates aku yang budak tadi tegur aku. just nak share kepelikan tu . Dorang pun macam "ecece ada pape ke?" aku pun gelak then kata takde pape lah. Sebab masa tu terfikir aku dah nak pergi dah pun. It's the end of my journey here. and aku tak la pulak terfikir mamat tadi tu ada pape. dahla asyik ngan fon. pastu tak pernah cakap ngan perempuan. Perempuan yang aku pernah nampak dia cakap cuma lecturer je. kan kelakar disitu. aku agak mesti ni dah ada awek . random assumption. So stakat tu je la pun aku  bertegur dengan mamat kerek-tak-cakap-dengan-perempuan tu. tamat. Tanpa buang masa aku dengan housemates pun jalan la balik rumah. dah la jauh. haha.


Then pack pack barang . Gila stail haritu clearence haritu baru nak pack. gila sempoi hidup aku. pastu masa aku pergi tu budak budak ni kena pergi kelas. sedih sangat la cite dia kan. Salam2 semua pastu say goodbye. And we never meet again... yet.


So. 8 julai. my new life started in intec, shah alam. different lifestyle . completely different. kat unikl dulu tak ada curfew. eh ada tapi buat buat macam takda. hahaha. kat intec balik pas curfew berjemaah la kau tidur kat mc donald. kat intec tak boleh balik tiap tiap minggu. bukan ada jadual ke apa tapi sapa la sanggup nak ambik aku kat shah alam. kat unikl dulu tiap tiap minggu aku lesap. balik umah. dah tempat kediaman aku kat unikl tu ngan rumah sewa abang aku just 10 minit je. haruslah aku kerah dia ambik aku balik every weekend :). kat unikl dulu kelas slalu pukul 9 . xpun 11. kat intec pagi buta dah kena bangun beratur tunggu bas. tapi banyak jugak kebest-an duduk intec. macam environment and kawan kawan and stuffs. kawan kawan semua tempat best ;). Bermula lah perjuangan kat intec untuk 2 tahun dengan suasana baru ni. tapi xpe. aku cepat adapt :P


sekian.

pembaca yang baca blog ni walaupun berapa kerat je. mohon doakan skali kejayaan aku ye.. kat dunia, mahupun akhirat :)


Oh ya. and actually. kisah aku dengan classmate-lelaki-kerek-tak-cakap-dengan-perempuan tu tak berakhir disitu rupanya ;).





No comments:

Post a Comment