Friday, November 22, 2013

Perkembangan

assalamualaikum

saja membebel di malam hari. disebabkan kes boring tatau nak buat apa.

Sedar sedar dah nak masuk 2014. Wow. Rasa macam cepat gila masa berlalu . Rasa macam baru semalam aku dug dag dug dag sakit perut nak masuk dewan periksa ambik SPM. Rasa macam baru semalam aku lepak dengan eli malam malam buta tepi padang. Star gazing , katanya.

Cepatnya masa .

Now i'm almost 18. dah separa-dewasa. dah mula melangkah ke alam dewasa. Dah bagak dan layak jadi mak orang pun. Tak boleh buat kerja gila dah. Kena matang. Yes.

So, the perkembangan.

Hm. After dapat result SPM, macam tipikal budak post-SPM yang lain, masing masing tunggu result matriks. Takpun UPU.

 Aku nak yang UPU.

Aku dapat matriks kat kelantan. Tapi kena transit dulu kat johor. jauh tak jauh aku kena campak. hahaha. tapi aku jenis tak reti belajar struggle, which is kalau kau dah menapak ke alam matriks tu la yang kau kena hadap. Maka, tawaran tidak diterima.

Result UPU keluar. And aku? dapat course Diploma in Chemical Engineering kat Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Aku pun taktau kewujudan u ni sampailah aku guna khidmat Dr. Google. K fine. Johor jugak. ''Dah kenapa semua institusi pendidikan nak campak aku duduk Johor", getusku tak puas hati. Tapi dalam hati je la. Tak pulak aku buat rayuan pujuk rayu bagai. takde masa. Menteri Kabinet macam aku ni kan semedangnya busy, haha. Bukan apa. Johor aku takde sapa sapa. Ceruk mana U tu kat johor tu pun aku tak tau. Tapi masa tu bulatkan tekad cekalkan semangat, berazam jugak nak masuk situ. Biar course merepek pun (aku tak suka engineering padahal bapak aku engineer dan abang aku bakal engineer, in shaa Allah) , biar kat johor pun (apakedehal, gps kan ado), biar takde geng masuk sana pun (pft cari je la kawan lain), by hook or by crook , UTHM harus ku jejaki :)

Except for the fact tarikh mendaftar dia slek sikit. 2 jun. aku ingat lagi tarikh tu. Aku kat Mekah time tu. ke Madinah. so cannot postpone eh? jawapan : cannot. bukan dia zalim tak kasi aku daftar. cuma tarikh yang aku boleh daftar is around 13 jun, which was lambat dekat 2 minggu kot. tak cukup nak cover credit hour aku. dahla tu, aku ada option, daftar sem depan. TAPI (mestila ada tapi kan) kena compete tempat ngan senior pastu kena struggle nak mampos. erm. takpelah.

Dengan hati yang berbuku buku tak tau nak rasa apa. Rasa gelabah la kot mati aku esok nak nak bertolak pergi buat umrah U tak cari lagi, buka henfon buka tenet cari U swasta. Aku tanya Yaya dia masuk U apa . Sunway. ok. konon nak folo the footstep aku google la jugak Sunway College pastu survey harga. Dayyyuumm. harga. course2 aku berkenan tu (anything that got to do with medicine) harga ratusan ribu. erm. takpelah.

Then call kak Fiqah. tanya pasal MSU sbb dia bio-med kat sana. ok. foundation dekat 14 ribu kot? baru foundation. Masa tu aku dah serak serak anje dah suara aku. Dah start aura kegelabahan. Mana nak cekau pat belas ribu? Lainla kalau bapak aku ngan Steve Job tu ipar duai. Then eli ke sapa tah cadang aku masuk unikl.

Mula mula aku usha unikl, oh . banyak branch. aku ingat kt kat kl je seketul . banyak rupanya. yang aku ingat aku usha RCMP punya branch. tapi harga agak best jugak la. hahaha. so aku pilih yang enviromental health science ngan biomed, biomed tu pilihan kedua. isi sikit2 terus aku berangkat jadi tetamu Allah kat sana. Haram aku taktahu apa jadi dengan urusan U aku. semua aku bagi kat abah n abang ilyas. I owe you guys . dan nak jadi best lagi kat hotel kat Mekah tu wifi hidup segan mati takmau, lagi la payah aku nak tengok progress.

Balik balik je malaysia dah kena pack barang. Aku sampai Malaysia 11 ke 12 jun tah.Daftar 13. Sepatutnya daftar seminggu sebelum tu. hahaha. kira aku datang datang je terus closing ceremony orientasi. apakah..?

Waktu tu housemate aku cuma Chiq, Mira ngan Miza je. Chiq lagi epic. Salam pastu cium tangan aku sebab dia ingat aku akak degree mana ntah. padahal aku dengan kau tua brapa hari je pun chiq oi. hahaha,. Rumah yang sepatutnya dihuni 8 orang , kitorang berempat je duduk. Jadilah kami clique tidak rasmi ;)

Ok story tu be continued ;)


No comments:

Post a Comment